?

Log in

No account? Create an account
LiveJournal for Kebanggaan Diri Sendiri ... Selamanya !!!.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Memories.
You're looking at the latest 20 entries. Missed some entries? Then simply jump back 20 entries.

Wednesday, April 6th, 2005

Subject:Saat indah itu ... huja pula turun !!!
Time:8:23 am.
Berubahlah hati asalkan B.A.H.A.G.I.A. !!! …

.:M.y.s.e.l.f:.

Hidup dibatas masa ... Aku menulis journal ini berdasarkan apa yang aku rasa dan alami . X kisah kalau x ada sapa2 yang membacanya .

Tahun 2005 nie aku berazam untuk lebih gembira . Minta sangat hidup tak disinggahi lagi awan-awan lara yang hitam dan jahat . Aku mahu jadi lebih baik . Mahu jadi seorang yang pemaaf . Mahu lembutkan sedikit hati aku . Mahu habiskan sisa2 hidup dengan gembira .

Aku curi sedikit masa K.E.R.J.A untuk usik journal yang selalu sangat ditinggal sepi . Sayang pada edenbudakminang.cjb.net tak pernah pudar . Seperti mana sayang aku pada yang menyayangi aku ... ( myfamily , kaum kerabat , budaknakall A.K.A kaplabot ) .

Kerja seperti biasa . Itu punca rezeki aku jadi kenalah aku bersungguh2 . Yang duka yang lara dah lama aku campakkan ke lautan hitam . Terfikir juga sampai bila aku di SINI ? Aku percaya kalau itu rezeki aku , InsyaALLAH . Cepat atau lambat hanyalah masa dan penyebab . Dan untuk itu aku sedaya upaya usaha untuk mengeluarkan diri aku dari S.I.N.I . Masa itu aku akan tahu siapa yang meratapi pemergian aku ( mungkin lebih ramai yang berkata Hi2Bye2 ... ) . Tiba masa dan ketika aku akan pergi ...

Mula kerja dengan senyuman . Lambat atau cepat gaya kerja aku , aku yang bertanggungjawab . Aku pastikan dari mula aku memakai nama K.U.L.I , semua kerja aku mesti siap sebelum masanya , teratur , sempurna . Aku tak suka balik rumah dalam keadaan fikiran aku berserabut dengan masalah kerja . Kerana bagi aku rumah adalah satu tempat yang mendamaikan ( dulu tempat yang membinggungkan ? ) . Tapi kadang2 keadaan 2 berlaku juga . Bila sampai masanya ada saja gangguan mental dan fizikal dalam kerja aku . Ada yang aku tangani dengan akal dan kebelakangan nie aku sedar keputusan aku lebih banyak didorong oleh emosi dan nafsu . Feedback yang aku dapat , +ve dan -ve . Pro dan kontra . Utamanya aku bersuara untuk kesenangan kerja aku . Mungkin taraf pemikiran dan pandangan seorang K.U.L.I seperti aku tidak boleh diterima pakai dan yang pentingnya aku cuma K.U.L.I .

Masa ini , setiap pagi dimulakan dengan bacaan doa rasmi Jabatan . Alhamdulillah …

Sejak Februari , kerja semakin bertambah hari ke hari . Tak akan berkurang kerana aku sekarang dalam proses rest&relax a.k.a makan angin kenal segenap inci jabatan . Datang office , buat apa yang patut dan sampai masa aku balik . Itu rutin hari2 sejak arahan pengecualian buat kerja sendiri dikeluarkan . Bilik kecil nyaman hujung dunia pun aku jarang masuk . Cuma seminggu dua nie , pagi aku masuk buka lampu , on pc lepas 2 aku tinggalkan sebelum jengah semula masa nak balik . Rajin sikit aku duduk depan pc update backlog . Terlebih rajin aku ZZZzzz …

.:H.e.a.r.t.2.H.e.a.r.t:.

21st Februari , ontheway dari myhometown aku rasakan mata berdenyut2 dan kulit muka panas membakar . Aku cuba biarkan dan biarkan dan buat seperti biasa tak ada apa2 . Malangnya masa nak tidur , sekeliling mata bertambah panas dan terpaksa dituam dengan tuala kecil yang berisi ais . Rasa terganggu . Tak tunggu lama , esok pagi2 aku ke PKPj mengadu sakit . Diperiksa , disoalsiasat dan diterangkan aku mungkin mengalami alahan kesan daripada masalah alergi makanan laut . Disuruh balik ( MC 2 hari ) . Jadi baik , duduk rumah tengok tv tapi curi2 keluar g jusco ( shopping !!! ).
Rawatan 2 , aku berterus terang dengan Dr. rasa ngilu dah bertambah hingga ke bibir . Mata aku ok , ujian darah pun ok . Selepas beberapa ketika Dr. sahkan aku mengalami masalah S.A.R.A.F diantara bahagian bawah mata hingga ke bibir . Deiperintahkan makan ubat ( 3 jenis X 3 kali X 3 biji ) dan jalani terapi di unit rehab. Disuruh balik ( MC 3 hari ) . Balik dari PKPj , aku bungkus kain baju balik kampung .
Sakit berlarutan dan berkat aku ikut nasihat Dr. , jalani terapi , makan ubat , doa berserah pada ALLAH , sokongan semua orang yang sayang aku , aku disahkan sembuh ( 16 Mac ) . Alhamdulillah syukur …

Kebetulan , masa BTN terpaksa buat semua aktiviti keras dengan rela hati , otot lutut kiri koyak . Terpaksa gunakan knee support 24 jam. Terpaksa lupakan futsal dan gym untuk sebulan dua nie … Follow up 30 Mac , Dr. sahkan aku ok . Pantang gym dan futsal kena teruskan . Yang lebih … makan .

.:S.p.e.c.i.a.l. M.o.m.e.n.t:.

Sakit2 pun aku x lupa ( reminder kat hp , pda , post it kat dinding ) . Tawaf Jusco hampir 2 jam menimbang dan menolak maka hadiah kecil dari aku ( selamat sampai sebelum masanya ) untuk hadiah hari lahir . Awalnya merancang nak bagi sendiri , malangnya orang x nak bentang red carpet !!!

SriDewiMalam - Selamat Hari Lahir .

Epoll datang kursus mobile bawa kerpok lekor , kerpok keping n kerpok sira . Terubat rindu … juga 2 keping kenangan saat2 indah bercinte di Shah Alam akhir November hari 2 .

BTN Bukit Sagu – 5 hari 4 malam yang giller . Hampir 10 tahun meninggalkan uniform putih berkain biru rela paksa disarung untuk menghadiri kursus . Sesekali apa salahnya !!! Selalu … pk 10 kali mungkin . Kawan2 group 5 , En.Din Fasi ( old CLIFF boys ) , Pak2 Coach n En.Zul ( Dr.Beruk n PokCik Binate ) – atu pengalaman dan 1001 pengajaran yang aku dapat untuk diadaptasikan dalam kehidupan .

.:B.O.L.A:.

Layan EPL , Liga Super n Liga Premier .
Supporter HobenJangHoben n MUFC .
Supporter import PetehGanuPeteh .
Kadang2 terbabas support TokGajah …

2nd round Premier League . Jang 2nd place lepas dikalahkan Perak Jenderata ( 1st Peteh ) dan seri dengan Johor FC . Bola itu bulat . Masih ada 13 perlawanan . Aku tengah kira2 cuti nak pergi Jalan2 Tengok Bola … juga kira2 duit .

Kenapa aku tetiba update journal hari nie … ?

Hujan lebat . Mana mungkin aku boleh balik … NBJ di Melaka . Tukar suka sama suka . NBB tak boleh kena air . Tuan sementara NBB takut NBB demam . Tak teringat sangat pada NBJ . Takda demam2 rindu . Demam rindu pada yang lain … ada !!!


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Read 1 orAdd Your Own.

Wednesday, March 30th, 2005

Subject:Kwang2 ... pecah kepala
Time:7:22 pm.
Nak update , x diizinkan . Disket kena format !!! Esok aja laa ...
Comments: Add Your Own.

Friday, December 10th, 2004

Subject:Melewati satu saat terindah ...
Time:2:15 pm.
Mood: hyper.
Berubahlah hati asalkan B.A.H.A.G.I.A. !!! …

.:H.i.d.u.p.A.k.u:.

Ada masa bersenang2 . Lain kali kalau berjanji , terang dan jelas . Tidaklah rugi masa terbuang menunggu . Satu pengajaran …

Bab berjanji dengan aku jangan main2 . Kalau x boleh , kata x boleh . Aku memang pantang dengan orang mungkir janji . Sama seperti aku tak suka menunggu . Bukan aku orangnya . Sekali dua mungkin boleh sabar lagi .

Untungnya masih cuti persekolahan . Jadi , jalan x sesak dan aku boleh bawa NBJ seperlahan mungkin . Lama dah tinggal tabiat bawa laju2 .

Mymummy dah tanya bila nak balik ? . InsyaAllah , aku bercuti pendek untuk sambutan Krismas + hantar AyahNgah ke KLIA .

.:B.O.L.A:.

Piala Tiger . Malaysia menang . 5-0 . Kalau diukur dengan keupayaan sebenar , boleh menang dengan jaringan lebih besar . Malam nie Malaysia VS Filipina . Live Ntv7 .

Liga Juara2 . ManU , RealMadrid , Arsenal layak ke perlawanan kalah mati .

EPL . Arsenal VS Chelsea . Arsenal kalah @ menang ? Kita tengok siapa makan siapa .

.:K.E.R.J.A:.

Dalam proses berpindah ke Putrajaya . Jadi antara kerja dan tak kerja . Aku menunggu saat akhir baru packing barang . Bukan tak nak packing dari awal , tapi ia akan menyusahkan . Maklum saja laa kerja aku bersangkutan dengan banyak pihak . Tak boleh lepas tangan kena pantau juga keadaan sekeliling . Aku nak siap kerja sebab hari nie hari terakhir DC9000 beroperasi dari office lama , susun balik data2 yang berterabur , filing , audit … banyak kerja yang menunggu .

Rabu ke Putrajaya . Melawat kawasan . Office baru jauh lebih cantik . Sekurang2nya kami ada bangunan sendiri . Office ditingkat 7 . Rasanya ambil masa lebih 10 minit dari bawah ke atas . Rata2 kawan2 yang ditemui menunjukkan reaksi muke 10 sen bila ditanya seronok ke duduk sini ? Bilik aku jauh lebih indah . Malangnya ada kabel besar TNB kat situ . Agak2 bosan dengan kerja , aku boleh jadi penyamun matikan suis .

Kalau ditanya pendapat aku , ada pro dan kontra . Senangnya - dekat dengan rumah , dekat nak balik myhometown dan NBJ tak payah berpanas lagi . Susahnya – jauh dari KL , jauh nak servis NBJ , jauh nak basuh NBJ , jauh dari hati …

Hari2 terakhir di PJ . Lepas nie , tak tahu lagi . Harap lebih baik dna sempurna .


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Tuesday, December 7th, 2004

Subject:Musim ... bola !
Time:1:56 pm.
Mood: busy.
Berubahlah hati asalkan B.A.H.A.G.I.A. !!! …

.:H.i.d.u.p.A.k.u:.

Bukan I-Robot . Masih manusia biasa . Penat memang penat tapi demi tanggungjawab dan masa depan aku paksa diri . Orang mungkin takkan faham ( TQ untuk mereka yg faham sgt2 ) . Aku pun susah nak terangkan . Ramai sangat yang dah menegur kehidupan aku . Aku janji akan curi masa untuk mereka2 yang penting . InsyaAllah !!!

Kerja banyak nak dibuat . Balik lewat malam . B4 pindah , banyak benda nak settle . Barang belum packing . Fail masih bertaburan . Hacker datang ganggu . Aku kena ada banyak masa protect pc hingga terabai janji nak lunch .

Teguran 1 . Berbaur paksaan kerana itu permintaan yang perlu dihormati . Setelah berfikir beberapa jam , aku menjelaskan dalam nada aku sendiri . Aku hormati dan terima teguran itu namun terpaksa aku tolak permintaan dia kerana aku SERIK .

Teguran 2 . Memeranjatkan . Datang dari mulut RD NAI . Dia pemerhati bebas . Katanya aku berubah jauh . Aku terangkan aku tak berubah . Mungkin masa membataskan komunikasi kami sekarang .

Rungutan 1 . Hp yang selalu off . Ini menimbulkan tanda tanya dan aku bersungguh menafikan aku of hp . Paling tidak aku silent hp jika tak nak diganggu . Rungutan itu betul kerana voicemail box aku penuh dan dipenuhi dengan pesanan dari no. yg sama . Keadaan fizikal office yang menghadkan coverage hp aku . InsyaAllah , office baru coverage tiptop .

Rungutan 2 . Kerja !!! Sampai takda masa untuk kawan2 . Bukan takda masa tapi terpaksa dikurangkan dulu .

Teguran , rungutan , kerja , makan tak menentu , lapar2 , kejutan2 … buat aku tidur lena setiap malam .

.:S.Y.A.W.A.L:.

Jemputan rumah terbuka . Alhamdulillah , ada keizinan aku menghadiri membawa perutku . Itupun ada yang terpaksa ditolak . Minta jangan kecil hati dan ajaklah aku lagi tahun depan . Duduk bersembang , makan2 , tetamu silih berganti tapi aku dan rombongan masih tak reti2 nak balik . Hampir maghrib , berangkat pulang dan singgah hantar Lily ke Cyberjaya . Sempat bertamu di Street Wall . Duduk bertamu di bawah sinaran bulan menikmati gaya kehidupan ala Inggeris .

.:B.O.L.A:.

Perlis VS Kedah . Bukan pasukan favourite aku .! So , tak excited nak menyokong . Ada yang mengajak ke Bukit Jalil , namun aku lebih rela duduk menonton di rumah . Boleh makan2 , minum2 , g toilet , baring2 walau tak boleh bersorak takut orang atas bawah datang menyerang .

Singa utara , sepanjang minggu diberi publisiti meluas . Rata2 semua akhbar melabelkan Singa Utara sebagai pilihan pemenang . Publisiti untuk Kedah . Kedah turun bukan sebagai pasukan pilihan namun bermain bersungguh2 . Minit2 awal dah mula menyerang . Namun sayang sebab xda penyudah dan pertahanan Perlis memang bertahan . Gol kemenangan akibat kesilapan Megat Amir ( yang dihentam teruk … ) hadir minit ke enam . Ulangan edisi Piala Malaysia 92 .

Kedah nampak bersemangat . Perlis nampak tidak bersedia . Rumusannya , perlawanan hambar . Cuma aku kurang bersetuju dengan komen2 ganas dari mulut2 yang tak dapat terima bola 2 bulat . Bukan apa , cuba kita letak diri kita di tempat orang yang dipersalahkan . Kita akan tahu apa yang dirasa .

Anyway , TQ untuk IAN yang bersungguh2 belikan ‘something’ dari BukitJalil .

Edisi Piala Malaysia dah tamat . Piala Tiger menyusul . Malaysia tuan rumah untuk kumpulan B , diletakkan bersama Timor Leste , Thailand , Filipina dan Myanmar . Perlawanan pembukaan esok , Malaysia VS Timor Leste ( bukan pasukan belasahan !!! ) . Lawan terbaik Thailand . All out untuk Malaysia …

.:T.Q:.

Orang itu . Kerana faham sangat2 kesibukkan dan kengantukkan aku .

.:P.E.N.G.A.N.T.I.N.B.A.R.U:.

Noorhayati ( Anor ) dan Izal Shariman ( Boye ) … pada 11 Disember nie .
Shaninawati dan suami … pada 11 Disember juga .


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Friday, December 3rd, 2004

Subject:Satu perjalanan , mana perhentian ?
Time:1:58 pm.
Mood: sad.
Berubahlah hati asalkan B.A.H.A.G.I.A. !!! Aku mengumpul semua aura dalaman untuk menulis …

.:H.i.d.u.p.A.k.u:.

Seperti kilat . Masa yang pantas berlalu . Seminggu . Mulanya aku sangka duka kerana aku pergi paksa rela . Sudahnya ianya berakhir dengan suka2 . Aku diarahkan ke Shah Alam . Konvensyen KMK . 23-26hb . Bungkus kain baju , berangkatlah aku lepas waktu pejabat . Niat dihati hanya satu . Sudahkan kerja , jumpa bestbuddy aku dan berpoya2 . Saat aku check in bilik , aku dipanggil , ditegur , ditepuk di bahu dan dipeluk erat . Ramai rupanya penghibur seketika . Kawan-kawan Induksi dulu yang dah dianggap seperti adik beradik .

Waktu makan , bertemu lagi dengan yang lain . Ada antara mereka yang aku dah terlupa nama . Mujur mereka ingat lagi pada aku . Kata seorang teman , aku mana orang boleh lupa . Orang glamour … Bahagikan masa dengan adilnya . Sekejap ngan budak2 office . Sekejap dengan kawan2 negeri lain . Sekejap ngan realbuddy . Hati semua orang harus aku jaga walaupun aku penat . Sesekali jumpa bukannya selalu . Apatah lagi aku tuan rumah … Kena layan kawan2 yang datang . Mintanya masa aku ke tempat mereka aku dilayan baik juga .

Kerja seperti biasa . Antara lalu x lalu , kena buat juga . Tanggungjawab ! Aku pun tak suka makan gaji buta . Kuatkuasa kerja hingga jam 22.00 malam mulai 011204!!! ( mana masa untuk diri sendiri … ) . Nie hidup dah macam robot . Balik rumah untuk tidur .

Borang aku dah submit . Mohon berjaya usaha aku kali ini . Untuk kesenangan diri sendiri juga .

.:S.Y.A.W.A.L:.

Banyak jemputan rumah terbuka yang aku tolak . Komitmen pada benda lain . InsyaAllah , ada kelapanagn aku akan sampai . Sudah berjanji dengan otai2 mahu ke Putrajaya makan2 hujung minggu ini .

.:B.O.L.A:.

TokGajah kalah . 3-2 – Gol pada minit2 terakhir . Hujan lebat sepanjang perlawanan . Aku menonton dari jauh . Di Bistro Shah Alam . TQ pada 4 gadis ayu yang sanggup bersembang lupakan aku hanyut tengok bola . Berbekalkan secawan neslo+rotinan , aku tekun menonton bola sorang diri . Dalam hati dan kepala ingat aku di Bistro dan bukan di stadium boleh bersorak bila gol .

Whatever , Pahang dah mencuba dan takdir menentukan bola itu memang bulat . Akhir Piala Malaysia . Masa untuk Piala Tiger n EPL . Aku bukan fanatik bola . Dulu ya ! Tapi lama dah aku tinggalkan sejak bola Malaysia dilanda edisi siasat rasuah . Mula berputik semula September lalu . Cinta baru yang mengisi masa terluang aku .

.:T.Q:.

Untuk kawan-kawan . Yang kuarkan duit bagi aku makan FREE . KFC , NasiChickenChop , tepitasikShahAlam , dan BistroShahAlam . Tak terbalas apa yang korang kuarkan dan aku minta halal semuanya kerana apa yang dimakan jadi darah daging .

Untuk kawan-kawan , yang menemani hidup seminggu nie . Yang ke sana-sini mengikut aku berjalan . Yang aksyik puji2 NBJ hensem . Kita kawan sampai hujung nyawa .

Untuk kawan-kawan , yang prihatin menegur kenapa aku nampak muram , sedih dan kusut , buat apa2 sorang2 dan apa2 lagi yang aku dengar tapi terpaksa diedit di sini .

Untuk kawan-kawan , yang menegur dengan perubahan drastic aku M.A.L.A.S sangat sekarang nie . InsyaAllah aku akan berubah perlahan2 .

Untuk CikKiah , aku takda mood sebenarnya . TQ doakan aku sejahtera dan teruskan doa aku kuat dan jadi semula aku yang sempoi .

.:T.A.K.B.O.L.E.H.N.A.K.K.A.T.A.A.P.A:.

Jumaat . Jam 3pm . Dari ShahAlam aku terus ke TMB . Niat dalam hati hanya satu . Nak jumpa MyRealBuddy yang hampir 3 minggu aku tak jumpa . Call office x jawab . Send sms tanya lokasi . Meeting ! Niat nak suprisekan MyRealBuddy rupanya aku yang tersuprise . Maka , duduklah dalam keta menunggu hingga jam 5pm . MyRealBuddy datang , mengetuk cermin dan masuk keta dengan senyuman sampai telinga . Bila aku ceritakan apa yang terjadi MyRealBuddy boleh suke2 marah aku . Padan muka aku !!! MyRealBuddy nak ke Tmn Bahagia . So, aku pk hantar aja MyRealBuddy ke Tmn Jaya . Sebab aku ada agenda lain yang menunggu . Mana tau rupanya kala NBJ melewati LebuhrayaPersekutuan MyRealBuddy bagitau MyRealBuddy dapat transfer balik tempat asal . Aku yang sedang aksyik mendengar , rasa nak terlepas pandang penumpuan pada jalan . Mujur aku dapat mengcover keadaan walaupun lepas 2 lawak yang aku buat rasa hampeh . Aku takda mood !!!

Asalnya aku jumpa MyRealBuddy hanya nak serahkan Cd Ella USA 94 yang MyRealBuddy cari2 selama nie . Kerana MyRealBuddy minat sangat pada cd 2 , maka aku pun sama2 mencari . Balik raya hari 2 , aku jelajahi kedai2 dan hanya jumpa kaset . Dah terfikir nak burn aja ke cd . Alhamdulillah , masa aku berlegar2 kat AlamSentral aku termasuk satu kedai dan tertanya kalau2 ada cd Ella . Berapa pun harga aku tak kisah . Allah mengasihani hambaNya , tahu niat baik aku dan ditakdirkan ada cd 2 . Punya lah suka rasa hati . Bila aku bagi pada MyRealBuddy , dia senyum sampai telinga . Dan aku pula yang sedih sampai ke jantung … Bila dah dengar perkhabaran yang MyRealBuddy bawakan , aku hantar MyRealBuddy sampai Tmn Bahagia . Sebabnya , lepas nie tak tahu lagi bila aku berpeluang nak buat macam nie .

Aku gembira sebab MyRealBuddy dapat balik hometown + bersama semula dengan family . B4 nie banyak kali dah aku tanya bila nak balik . Masa 2 memang aku redha sangat MyRealBuddy balik . Tapi bila dapat tahu MyRealBuddy x jadi balik , aku suka . Mana tahu dapat pula sekarang !!! Aku tak tahu samaada MyRealBuddy perasan @ tak perubahan aku sebab dari gerak geri dan pertuturan semuanya sedih tahap 7 teras bumi . Sekarang nie , aku macam biasa . Balas semua sms MyRealBuddy tapi sedih tetap sedih . Tambahan pula , Rosai AD call dan ceritakan kesedihan dia . Aku + Rosai AD + Ayu VE = Sedih !!! MyRealBuddy aku tak tahu . Mungkin sedih+happy2 ...

Aku tak boleh menulis lagi . Doakan aku kuat menghadapi perpisahan ini …

.:P.E.N.G.A.N.T.I.N.B.A.R.U:.

NorzeyantiHassan dan NikAzlin di Gemas pada 4 Dis 04 . Selamat Pengantin Baru …


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Monday, November 22nd, 2004

Subject:Perjalanan yang panjang ...
Time:1:19 pm.
Mood: bored.
Berubahlah hati asalkan B.A.H.A.G.I.A. !!!

.:H.i.d.u.p.A.k.u:.

Seperti biasa , perlu diteruskan . Kerja , balik kerja = duduk rumah sorang2 . Dulu biasa , tapi selepas diajar dan dimanjakan aku rasa sedikit payah untuk duduk sorang2 . Aku kan manusia yang memerlukan manusia lain untuk melayani karenah aku . Masih terasa-rasa dimanjakan … Terasa bosannya hidup sorang2 apatah lagi bila takda siaran tv yang sesuai untuk ditonton . Berkira-kira untuk memasang Astro .
Tangan kanan sengal2 selepas mendermakan darah sebanyak 450ml . Bantuan kecil untuk mereka yang memerlukan . Alhamdulillah , kali yang keenam aku menderma dan setiap kali menderma ada manisnya . Tapi sedikit penat dan senang sangat melenakan diri dipembaringan .
Kerja ? Banyak yang tertangguh akibat cuti raya dan kebusyan aku melayan hati sendiri . InsyaALLAH , aku cuba untuk lebih professional membahagikan masa antara kerja dan diri sendiri walaupun aku sedar kerja akan membataskan masa aku untuk hidup sendiri . Juga mungkin hidup orang lain . Tapi aku cuba untuk adil pada diri sendiri . Itu janji aku . Dan aku perlu tunaikan janji aku .
Masa yang begitu terhad , terasa lebih cepat lalunya bila aku tenggelam dalam hidup sendiri . Aku gembira dengan keadaan ini . Hakikat kehidupan …

.:S.Y.A.W.A.L:.

Banyak jemputan rumah terbuka . InsyaALLAH , aku akan hadirkan diri dengan membawa perutku sekali . Puasa sunat Syawal terpaksa ditangguhkan dulu . Minggu depan , jika diizinkan . Ada jemputan yang terpaksa aku tolak awal2 kerana masa membataskan segalanya . Aku tidak mempunyai ruang yang cukup untuk melayani permintaan semua .
Rumah terbuka ? Pintu rumah aku sentiasa terbuka . Untuk sesiapa jua .

.:B.O.L.A:.

TokGajah … Untuk seorang kawan yang baik ! Selamat berjuang …

.:T.Q:.

Kawan-kawan yang begitu memahami . Walaupun payah sebenarnya untuk memahami aku , tapi tetap berusaha untuk memahami . Apa yang boleh aku katakan selain ucapan ikhlas terima kasih . Bukan melarikan diri tapi berilah aku masa untuk aku kembali seperti dulu .

Pengirim2 kad raya , email , sms – Maaf x sempat nak balas kiriman mereka . Tahun ini perintah berkurung kirim kad raya .

.:S.E.R.U.P.A:.

Susah nak jumpa seorang yang boleh mamahami kita dan terima kita seadanya . Bila dah jumpa , kita x sedar kita dah jumpa dia . Dah hampir kehilangan @ hilang terus baru kita rasa kita sebenarnya dah jumpa dia . Tapi masa 2 dah tak berguna lagi .
Bila kita rapat dengan seseorang , kita tentu akan minta janganlah kita hilang seorang itu . Bila orang layan kita dengan baik , kita tentu akan rasa dihargai dan kita akan layan dia baik juga . Pentingnya menghargai orang yang hargai kita . Aku cuba dan usaha untuk berikan yang terbaik walaupun sengsara .

.:P.E.N.G.A.N.T.I.N.B.A.R.U:.

SaipulBahri dan isteri di Marang 18 Nov 2004
NorAzida dan suami di Kuala Terengganu 18 Nov 2004
Zanariah dan Zairul di Kuala Pilah 19 Nov 2004
Harlina dan suami di Kuala Pilah pada 21 Nov 2004

Selamat pengantin baru . Semoga bahagia hingga hujung nyawa !!!

Aku rindu PucukRebung !!!


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Friday, November 19th, 2004

Subject:Satu jalan keindahan ...
Time:1:30 pm.
Mood: busy.
Berubahlah hati asalkan B.A.H.A.G.I.A. Trademark !!!

.:H.i.d.u.p.A.k.u:.

Jangan gentar . Pesanan untuk diri sendiri .

.:S.Y.A.W.A.L:.

01 Syawal – Malam raya , bersesak di Bazar Syawal mencari selendang . Tidur-tidur ayam jam 3.30am selepas layan konsert AF sambil iron baju raya . Tidur lima bersaudara di beranda rumah . Terjaga selepas azan subuh bila terdengar nyaring suara orang mengejutkan bangun memecahkan gegendang telinga . Dah biasa hp letak disebelah bantal . Mandi sunat Aidilfitri , solat sunat Aidilfitri , berbusana kurung baru , bertahlil dan maaf memaafi . Ke makam Aruah Nenda , berjaya menyorokkan airmata disebalik sunglasses . Menikmati juadah yang enak , ketupat lemang burasak rendang kuahkacang sambalgoreng masakkicap dan air sirap . Layan rancangan raya sambil berbaring melelapkan mata . Hujan rahmat …

02Syawal – Berkonvoi ke rumah Tok di Sayung ( tempat jatuh lagi dikenang … ) , beramahmesra dengan Tok dan sepupu2 , sambung jalan ke Parit Betak dan Parit Abdul Rahman . Perut mula meragam ( b4 raya lagi dah mula ) dan pilchiketteckonn x berjaya aku telan . Sampai rumah dah lewat malam … Janji dengan Tok untuk cari PakLong di Sungai Buluh .

03 Syawal – Beraya ke rumah Wak Nawas . Terjumpa makngah dan anak2 . Rasa dah tuaa sebab tiba2 ada anak buah 4 orang . Janji pada makngah untuk cari Ajid sepupu alku yang kali terakhir aku jumpa mungkin 20 tahun lalu . Berkonvoi ke Gemas . Singgah Segamat menikmati makan tengahari tika jam lewat 5 ptg . Singgah rumah TokNgah di Sungai Kelamah . Orang sibuk makan kuih raya , aku dan sepupu2 sibuk kait rambutan . Layan Astro . Ada ria , ada raya …

04 Syawal – Perut meragam teruk . Tidur hingga ke tengahari . Bangun melayan Astro hingga ke petang . Mereka beraya aku tinggal di rumah . Sarapanpagi+makantengahari+makanmalam = kuehteowkerang . Mereka balik membawa salam dan pertanyaan dari WanAlangHindun , TokUda , WakCikInitt , WanAchik , WanUlu , WanDilir , WanDarat dll .

05 Syawal – Penamat raya . Balik KL …

Syawal yang mulia . Meriah walaupun ada banyak benda yang terpaksa dioffrecord di sini . Akhirnya aku sedar , Syawal mengeratkan semula hubungan yang terputus oleh kerana peristiwa itu .

.:B.O.L.A:.

Sambung Piala Malaysia . Supporter import untuk TOKGAJAH …

.:TQ:.

Pengguna-pengguna Lebuhraya PLUS , LDP , jalanraya , jalanpersekutuan yang memudahkan perjalanan aku dengan selamat .

.:M.A.X.I.S:. -

Talian bertunang . Setiap x raya gitulah keadaannya . Alhamdulillah , syukur kerana x perlu ambil tahu perihal hp sekejap . Sedar2 banyak sangat missed call , sms yang bertandang . Kalau orang lain sibuk dengan hp ke hulu ke hilir , aku senang meninggalkan . Cuma 1 panggilan yang aku buat di pagi Syawal untuk seorang yang paling istimewa di mata dan di hati .

.:P.E.R.U.T.U.S.A.N:.

Aku ~ Akan sibuk dengan kerja , KMK , pindah Putrajaya , hati+perasaan tapi masih ada masa untuk berfoya-foya . Kecuali yang seorang itu , orang2 lain mungkin aku terpaksa abaikan . Maaf awal2 .

Aku rindu PucukRebung !!!


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Wednesday, November 10th, 2004

Subject:Perutusan Syawal ...
Time:12:37 pm.
Mood: cheerful.
Berubahlah hati asalkan B.A.H.A.G.I.A. Trademark !!!

.:H.i.d.u.p.A.k.u:.

Alhamdulillah . Suratan yang tertulis walaupun membebankan , namun aku pujuk hati terima kehidupan ini dengan redha .
Kehidupan sementara yang dipinjamkan , yang kekal hanya milik DIA Maha Esa .
Penat berLRT hari2 . Penat mengharung hujan+panas hari2 . Syukur , penat itu memudahkan aku tidur walau kerap juga terjaga dalam lena .

.:R.A.M.A.D.H.A.N:.

Hampir ke penghujung . Pejam celik masa berlalu begitu pantas . Sedikit teratur atas kebajikan orang2 yang sangat2 aku hargai pengorbanan mereka - melayan nak makan apa waktu buka , dan mengejutkan waktu sahur dengan semuanya siap terhidang .

.:B.O.L.A:.

Ramadhan @ Syawal , bola tetap bola . UEFA melayan ngantuk bersahur …

.:TQ:.

SriDewiMalam – Budi baik ko , ALLAH saja yang dapat balas . Aku terhutang budi sangat2 . Yang buruk dari aku , yang baik hanya dari ALLAH .

2DaraSriWira ~ TQ 4 everything !!!

.:S.Y.A.W.A.L:. -

Bergema takbir tandanya Syawal menjelma . Dah terbayang senyuman Tok sekeluarga menyambut aku pulang . Dah terbayang juadah-juadah enak yang banyak terhidang menanti . Dah berkira-kira nak ke mana raya nie . Dah manambah tolak duit minyak kereta dan tol .

Persiapan ? Ala kadar . Sederhana . Setakat berganti baju kurung aja untuk diri sendiri . Lebih pada keperluan keluarga - bajuraya , kuih raya , langsir raya .

Rasanya raya paling sederhana .

.:P.E.R.U.T.U.S.A.N.S.Y.A.W.A.L:.

MyFamily ~ Bonda , Ayahanda dan adinda Boy .

KaumKeluarga ~ Tok Kluang sekeluarga , MyLong , MyLang & AyahLang , AyahNgah & MyNgah , AyahNdah & MyNdah , MyAcu & AyahSu , CikLa & WakMin . Nenek SgSayong sekeluarga & Pakcik n Makcik , sepupu sepapat , anak-anak buah . SepupuSepapat ~ Ina , Yatie , E , Zam & Ina , C-Mie , Lynn , Suhai , C-kin , Abott , Wawa , Apitt , Syasya , Boboy , Faridz , Akim , Nini , Aiqal , Aridz , Nana & Awin . Aidiel , anak buahku yang chomel berkepala besar … MamaLong dah belikan Diel baju !!!

Guru2 & Pensyarah2 ~ Dari zaman mula kenal ABC , 123 hingga menyarung jubah berdiri megah .

Kawan2 ~ Kawan sepermainan ( rindu nak lari2 kejar ikan ) , kawan sepersekolahan ( SKPTKBt10 , SRKBt3 , STK , Semenza ) , kawan sepontengan ( Semenza & UTM ) , kawan huhahuha ( sambung aktvt lepas Syawal ) , kawan seperjuangan ( yang seiringan dari dulu hingga kini ) , kawan sepejabat & Xkawan sepejabat ( Johor & PJ ) , kawan sejernal ( since 2001 ) , kawan atas kawan , di mana saje berada ( Johor – Perlis + Sabah Sarawak , Asean , Asia , Europe … )

Penghuni Saujana 1209 , Serene , PKNS8C , KgLNo.16 , FLNo.202 ~ kenang saat2 buka ramai2 .

Abang&Kakak ~ MuhammadHelmi , SitiIntanMastura , Berdiana , WirdayuAkmi , Juliana , MohamadSopian .

RealBuddies ~ Kurie ( Ape Kes ? ) , Haris ( janji AAA ) , Rosai AD & Ayu VE ( mekasih daun keladi ) , SriDewiMalam ( Knowing u the best thing I ever had in my life ) .

Pengedar Dodol , Tumpi Rempeyek , BiskutRaya ~ Alhamdulillah , jualan laris .

Aku ~ Maaf seandainya ada tersalah kata , terkasar perbuatan , gurauan melampau , tinggi rendah suara , kata depan belakang . Maaf pada mereka yang aku kurang bagi perhatian @ lebih bagi perhatian . Aku insane biasa . = Maaf Zahir Batin .


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Monday, October 18th, 2004

Subject:Lembaran baru ... kisah lama
Time:1:46 pm.
Mood: bored.
Berubahlah hati asalkan B.A.H.A.G.I.A.

.:H.i.d.u.p.A.k.u:.

Seperti biasa . Susah nak tidur malam . Kalau tidur pun kul 3 @ 4 am mesti terjaga . Mula nak lena bila dah dekat-dekat subuh . 2 yang selalu terbabas bangun pas2 kelam kabut sampai tak cukup tanah dipijak . Masalah susah nak tidur nie dah berlarutan hampir sebulan . Yang musykilnya jadi kat rumah sendiri . Atau masa aku lepak SriWira hari 2 , aku memang penat . Memang aku paksa diri . Mungkin dengan penat2 kerja aku akan senang tidur malam . Syukur juga punya jam loceng reality mengejutkan tidur awal pagi .

.:R.A.M.A.D.H.A.N:.

Sambut sendirian di PPKL . Perantau . Itu harga sebuah pengorbanan . Awal Ramadhan lepas , sambut di Kluang . Masa 2 , balik tunjuk NBJ kat atuk . Mymummy call ( minggu nie kerap sangat ) , antara percaya dan tidak anakandanya ini akan sendirian bersahur dan berbuka .
Aku cilok awal . Singgah MidValley melayan kerenah orang , tengok hp , masuk carrefour , beli kurma sebelum aku balik . Sampai hometown jam 3 , solat zuhur dan terlena depan tv . Yang aku dengan mymummy jerit suruh masuk tidur dalam bilik .
Juadah buka yang hebat . Kenyang …

.:B.O.L.A:.

Awal pagi , jam menjerit nyaring ditelinga . Mengisi masa aku ke office , buat kerja sebelum balik selepas jam melewati 4 pm . Singgah Kg. Kerinchi tumpang beg . Sempat berbual seketika dengan x rakan serumah . Naik Lrt , transit Masjid Jamek . Tunggu pure supporters dan sambung perjalanan dengan Star . Sesak . Transit Bukit Jalil , tukar jersi PETEH . masuk berasak-asak , cari tempat sesuai , tukar tempat dan menikmati pejalanan permainan dengan penuh semangat . Separuh masa pertama , separuh masa kedua , masa tambahan … PETEH layu di tangan Seladang 3-0 . Menang nasib ! Bangga juga kerana PETEH dibarisi pemain muda yang punya masa depan cerah dalam arena bolasepak negara .
Balik , berkereta memandangkan keadaan Star yang kurang selamat . Transit GrandView sebelum sambung jalan ke Ukay Perdana . Mandi , buka lenses , layan borak , dan tidur . Letih …

.:TQ:.

SriDewiMalam – terima kasih kerana pinjamkan TAD yang menceriakan hidup aku sekejap .

MyAbib - hati pujuklah perasaan , jauhi segala keraguan . Aku rindukan dia …

Ada orang menyampai pesan . Ada orang mencari . Biarlah . Penat nanti berhentilah dia ...



Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Friday, October 8th, 2004

Subject:Pening ...
Time:2:20 pm.
Mood: happy.
Berubahlah hati asalkan B.A.H.A.G.I.A.

.:H.i.d.u.p.A.k.u:.

Aku berkira-kira nak cuti . Cuti panjang . Rehatkan minda . Rasa sangat penat bekerja . Dimakbulkan ALLAH permintaan aku . Aku kemalangan kecil ontheway 2 office . Injured sikit kat lutut . Dikejarkan ke PPUM , Unit Kecemasan dan Trauma . Diperiksa , diXray , disoalsiasat , diberi ubat dan yang paling penting diberi cuti sakit . 3 hari .

Penuh kepayahan bermotor balik , maklum lutut tak boleh bengkok . Duduk @ baring @ tidur , kaki diletakkan lebih tinggi dari kepala . Rasa sangat-sangat tak selesa . Seminggu tidur dalam keadaan tak selesa , seminggu lutut terpaksa dituam pagi dan petang , seminggu rasa terlalu lama . Sekarang alhamdulillah , keadaan aku semakin baik walaupun aku dapat rasakan lulut kanan dan kiri banyak sangat bezanya . Kadang-kadang rasa sengal melampau-lampau , kadang-kadang rasa sakit bila aku terlalu banyak bergerak . Rasa bersalah sangat-sangat kerana apa yang diberi pinjam aku gagal jaga dengan baik .

Gagal untuk tidur lena sekarang . Aku takda fikir apa-apa . Otak aku kosong . Tapi , tetap susah nak lelapkan mata . Kalau dah tidur pun , aku akan terjaga . Tak tau kenapa . Panas badan .

.:N.B.B@m.e.r.a.j.u.k Part.II:.

Kerana kurang berhati-hati , aku kemalangan kecil . So far , NBB ok . Aku dah betukan brek kaki yang bengkok , servis , tukar minyak hitam , pasang cable meter , isi air bateri dan tukar bearing tayar . Habis banyak RM dan masa aku terbuang hampir 3 jam tak apa , asalkan NBB tersenyum gembira . Apapun aku merindui NBJ setelah bermanja-manja ngan TAD hari 2 . Lama tak memandu , dapat peluang kaki nie tak boleh angkat dari pedal minyak . Tapi , rasa sengal-sengal kaki kanan menghantui diri . Manjakan TAD , layan tuan TAD lepak-lepak kat kedai abang , basuhbody+vacuum+basuhenjin TAD , membebel pasal TAD kat telinga tuan TAD = R.I.N.D.U membara kat NBJ .

.:P.G.L:.

Sabtu . 250904 . Tayangan 3.05 pm . Mid Valley . Masuk selepas ½ jam cerita ditayangkan . Sudahnya terpaksa memahami sendiri . Bahasanya sasteranya terlalu tinggi gagal untuk aku fahami secepat mungkin . Yang pasti rasa nak terkucil dan lapar mengganggu keseronokkan menonton . Kelaparan membuatkan cheese nan dan kari ikan nampak sedap dipandangan .

Layan OST PGL . Kenapa ada banyak lagu yang takda kena mengena ngan PGL ada dalam OST nie .

.:B.O.L.A:.

Seperti sedia maklum , final FA tunda pada 10 Oktober 2004 . Kesian pada 2 orang yang terganggu keseronokkan hingga tak lena tidur malam tunggu tarikh 2 . Apapun , tiket dah beli dan di + jersi limited PETEH akan dipakai bangga ahad nie . Suara nak bersorak dah disimpan …

HobenJangHoben ke suku akhir Piala Malaysia . Vs Perlis . 1st game N9 menang tipis 3-2 . 2nd game kalah panalti 5-4 . Kecewa tapi bangga sebab hobenjanghoben dah mencuba untuk menang .

Aku ke Shah Alam ( x dirancang + hasil idea giller orang bosan keja ) meneman tengok Selangor VS Pahang ? TokGajah menang bergaya 3-1 . Supporter import Pahang tapi terpaksa bersorak dalam hati sebab duduk sebelah RedGiant . Mau aku kena baling ngan botol kalau support terang-terang . Masuk lambat , game dah mula dan kuar awal . HO20 mencium padang ! Hebat …

Jangan ingat aku menyokong PETEH , aku lupa pada HobenJangHoben . Tidak ! Peteh dan HobenJangHoben = aku sokong tanpa belah bahagi . Adil !!!

.:R.A.Ma.A.D.H.A.N:.

InsyaALLAH , disambut minggu depan . Peluang yang datang sekali setahun harus diisi dan dipenuhi dengan amal ibadah . Terlayan blues , teringat Ramadhan lalu yang indah . Setahun berlalu .

.:TQ:.

Mereka-mereka yang masih berada di sisi aku . Yang masih menyayangi aku . Yang mengasihani perantau yang sakit ini . Yang membuatkan dahi aku berkerut setiap kali terdengar keluhan mereka tentang lutut aku yang berubah keadaan sekejap …

SriDewiMalam – yang sabar melayani kerenah aku dari sakit kepada sihat nie . Terima kasih kerana begitu ambil berat orang terbuang nie . Terima kasih untuk sup daging + tupat sotong + pizzahut + murtabak + teman ambil borang + teman pi PMC + basuhkan baju + call @ sms berkali-kali sehari semata untuk pastikan aku makanminum+ makan ubat . Juga untuk keizinan bermanja dengan TAD ! Apa yang ko hulurkan dalam persahabatan kita , aku hargai sangat-sangat . Juga 2 wirawati307 yang tak bosan tengok muka aku yang selalu sangat singgah melepak di SriWira .

RD NAI – yang susah-susah hantar ke hospital , yang teman duk hospital . Terima kasih .

Hitam itu pilihan aku . Biarlah . Untuk kebahagiaan orang lain …


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Tuesday, September 14th, 2004

Subject:Nilai ?
Time:1:17 pm.
Berubahlah asalkan B.A.H.A.G.I.A.

.:H.i.d.u.p.A.k.u:.

Back 2 normal . Tapi , tetap juga balik lewat malam . Mungkin kalau diberi pilihan office @ rumah , aku pilih tidur kat LDP . Makan ? Layan apa yang ada . Sup ayam+roti @ rotibakarsekaya .

.:N.B.B@m.e.r.a.j.u.k:.

Kali ketiga . Pertama , masa ura-ura aku nak beli keta . NBB mula susah nak start waktu pagi , dan bila berhenti kat traffic light enjin mati . Kedua , masa aku rasa susah nak berdua naik NBB sebab dengan NBJ boleh berdua InsyaALLAH ke hujung dunia . NBB merajuk terus . Ketiga , sekarang .

Masa pertukaran dibuat , NBB takda ditempat kejadian . Tapi mungkin perkhabaran 2 sampai ke telinga NBB . Atau NBJ yang bagitau . Aku berkira-kira nak pakai NBB sehingga awal Ramadhan . Nie , dah nak masuk pertengahan September . NBB rasanya makin serasi ngan aku . Peneman aku sejati . Aku dah tak kisah terbabas tidur . Rasa lagi senang nak bergerak ke mana pun . Sabtu lepas , sedang aku elok rempit dalam hujan tengahari di JTR , satu VOLVO sauk aku dari tepi . Hampir tergelincir . Mujur juga aku sempat tahan ngan kaki . Yang sakit hati dan kaki . Teringat kes yang sama kat JT . Tayar depan NBB dah botak . Kabel meter saj aaku tak pasang takut aku sendiri sakit jantung tengok kadar pecutan .

Nak tukar tayar , tak tukar-tukar . Balik malam hari-hari , kedai motor dah tutup . Nanti laa . Hujung minggu nie . InsyaALLAH .

.:P.G.L:.

Janji nak ke PGL minggu lepas , kami ke Kuantan . Hujung minggu nie ? Peneman balik kampung . Sudahnya mungkin aku pergi sendiri @ tak pergi langsung . U.P Peneman , aku merajuk nie . Nak ku paksa tak payah balik , peneman dah beli tiket . Sudahnya biarkan laa dia balik .

.:TQ:.

Mereka-mereka yang masih berada di sisi aku . Yang masih menyayangi aku .
Pemberian dari BALI . Wang kertas 1000 rupiah @ 40 sen dan bakul chomel .

Apa yang menyenangkan , akan terus aku ingati . Yang mendukakan , aku dah campak ke lautan hitam .

Biar terbuang , aku teruskan hidup ini sendiri .


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Monday, September 13th, 2004

Subject:Happy giller
Time:5:48 pm.
~...h.i.d.u.p...~

Aku kerja keras sepanjang minggu lepas , jadi aku curi sedikit masa yang tinggal ( sisa ) untuk buat apa yang aku suka . Lama dah sebenarnya aku sedar aku takda masa untuk diri aku sendiri . Nak harapkan orang lain ada masa untuk aku memang payah . Untung juga ada kesedaran ...
Keluar kerja awal pagi , balik dah lewat malam . Aku senang dengan susah yang aku pilih nie . Syukur aku masih kuat untuk hadapi semua nie . Kerana hidup nie sesingkat azan dan iqamah ...
Masa yang ada aku luangkan untuk seorang kawan . Al-kisahnya dia kebingungan dengan dunia dia dan aku juga bingung dengan hidup aku . Mujurnya aku banyak kerja minggu lepas jadi aku tak layan sangat hari yang bingung 2 . Yang tersuratnya kami perlu ada untuk menambah bingung masing-masing . Maka , aku dan dia bertemu janji untuk ke PGL . Cancel PGL . Dapat idea untuk buat sesuatu yang lagi best . Ke Kuantan , tengok bola T.E.R.E.N.G.G.A.N.U vs Pahang .

~...b.o.l.a...~

Aku penyokong fanatik T.E.R.E.N.G.G.A.N.U ( penyokong import ) . Masa layan game 2 , ada laa gatal sms ngan call . Mana aku nak layan . Tak dengar . Kuat dengar pekik sorak . Maaf ...
Lama dah tak happy-happy ! Jerit pekik , sorak sorai , wave , berdebar , debaran memuncak ( asmaradana ) , gelak-gelak , suke tengok orang tutup mata tak sanggup tengok gol bolos . Aku lupa semua stress walau aku tahu masuk je PJ aku akan ingat semula . Yang satu 2 memang susah nak buang .
Dari KL petang ( aku tidur separuh jalan ) , sampai Kuantan singgah makan kat benteng , tengok bola , balik dengan baju bau rokok pekat , singgah makan kat Tanjung Lumpur , jadi penunjuk jalan ( kena cari orang Pahang ke ? ) , tengah jalan kete hampir habis minyak ( nasib baik tak tidur tepi highway ), sampai KL 3:20 pagi . Penat sangat2 .
Sudahnya aku tidur ke Maghrib ( dari lepas zuhur ... ) , lupa tukar tayar , lupa kunci motor dan lupa kunci grill .

~...T.Q...~

Untuk SriDewiMalam , yang ajak aku bergembira hilangkan tension . Aku hargainya ... kita kena happy-happy memandangkan hidup nie sekejap aja .


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Friday, September 10th, 2004

Subject:Hidup ini ...
Time:9:06 am.
Senanglah wahai hati walau kau sebenarnya gundah gulana . Hatiku diusik duka larat . Cubaan dan dugaan kasih nie .

Seminggu nie aku sibuk sangat-sangat . Takda masa untuk diri sendiri . Hati masih lagi berdarah . Jumaat lepas aku dah dipanggil mengadap dan dikerah keringat aku untuk KMK . Sabtu aku ada exam PTK yang senang tapi sebab takda persediaan aku rasa susah sangat . Ahad hingga hari nie , aku keluar sebelum matahari terbit dan balik selepas bulan resah dibalik awan . Rasanya kalau berterusan macam nie mau paru-paru aku makin mengembang . Aku terlalu komited dengan kerja nie . Untungnya aku dah biasa buat kerja dalam keadaan tertekan jadi aku boleh berlagak selamba walaupun sakit dan penatnya akal ALLAH saja yang tahu . Ini mungkin hasil kerja terbaik .

Penyakit cepat terasa masih membelenggu diri . Bila agaknya aku akan sembuh … Ubatnya diam . Diam dan diam .

SriDewiMalam a.k.a Haroko GadisBolaKeranjang - terima kasih kawan . Sanggup dengar semua keluhan aku sejak minggu lepas . Takdirnya kami sesama berada dalam keadaan akal tak terkawal .

Terima kasih kawan-kawan yang terlalu ambil kisah diri aku yang ½ terurus nie , yang bising-bising aku balik lewat malam , yang bertanya makan ke belum , yang faham keadaan aku tak nak kacau aku langsung , yang kalut-kalut carikan panadol , postun , uphamol 650 buat penawar sakit kepala , yang teman aku ambil motor malam-malam , tapi aku R.I.N.D.U seseorang !!!

Terima kasih SEN yang belanja PizzaHut pagi-pagi hari . Ingat mangkuk sup dan mangkuk salad berbeza . Bukan kira kuantiti sup atau salad …

Kasih sayang yang masih ada ini , moga abadi hingga akhir . Seandainya orang 2 baca apa yang aku tulis ini , ketahuilah dia yang aku perlukan dia dalam hidup nie . Aku berusaha untuknya apa saja ….


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Thursday, September 2nd, 2004

Subject:Sekali lagi ...
Time:7:49 pm.
Tidur kerap terjaga . Lepas tu , susah nak tidur semula . Dah dekat subuh , dah dekat waktu yang sepatutnya bangun baru nak lena . Kerap sangat dah . Sejak aku dilanda penyakit MARI BERFIKIR … Itu yang selalu terlajak bangun . Kelam kabut ke pejabat . Nasib baik bermotor . Aku takda laa rempit maut . Kalau boleh rempit aku rempit . Tengok keadaan jalan dan juga apa kat sebelah . Kena fikir nyawa sendiri . Juga aku ingat pesanan semua orang yang sayang aku . Orang mungkin suka tengok aku susah dan aku pun tak suka nak susahkan orang . Dari dulu lagi susah ke senang ke memang aku sorang-sorang . Tapi , ada orang tak suka bila aku cakap aku susah sorang-sorang .

Keadaan persekitaran aku makin huru hara . Aku tak peduli sangat kerana aku dinasihatkan jangan pedulikan semua 2 kerana aku sendiri kronik tahap 7 . Aku tak nak tahu apa-apa yang berlaku kecuali yang berkaitan dengan aku . Aku harap keadaan akan kembali aman . Aku rindu semua yang lepas-lepas . Kenapa jadi macam nie …

Aku tak nampak jalan lain kecuali jalan yang satu itu . Semalaman aku berfikir . Pagi nie aku memilih setelah aku penat berfikir sejak seminggu lepas . Aku rasa kalau orang lain berada di tempat aku mungkin mereka akan terdesak melakukannya juga seperti aku .

Sensitif sangat sekarang nie . Mood aku pun macam cuaca kat luar 2 . Aku rindu sangat nak happy-happy macam dulu . Kekadang aku rasa aku gelak-gelak bagai dipaksa . Jangan ada benci terngiang-ngiang ditelinga … Aku tertanya salah aku ke ? Salah siapa pun aku suka akui salah aku .

Aku ada ujian PTK hujung minggu nie . Tapi aku , usaha masih di bawah paras sifar . Sifar laa aku nanti … Bukan aku tak usaha buka buku . Tapi pandang kertas nampak tulisan menari-nari membentuk satu objek buat aku seram sejuk . Kalau aku tak hadir boleh tak ? Lebih tertarik nak baca Hype! Daripada nota-nota yang memeningkan . Aku rasa semua orang macam 2 kot . Apapun aku doakan semua kawan-kawan aku yang bakal menduduki PTK sabtu nie , lulus ngan cemerlang .

Seorangitulahorangnya - selagi bahuku memikul bebannya , selama diriku merasa siksamu , selama senyuman menjadi senyumku , ku bawa wajah + hati + senyumanmu walau diri ku JAUHHHHHHHHHHHHHHHHH . Jauh pun aku tahu siapa disisi aku sekarang …

Jujurnya , aku begitu merindui semuanya yang ada pada seseorang terutama suara riangnya yang mengisi hari-hari sunyi aku … Kalau orang 2 terbaca journal nie , aku R.I.N.D.U sangat pada dia …


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Sunday, August 29th, 2004

Subject:Atau khayalan ...
Time:3:33 pm.
Ada orang tanya aku . Wajarkah dia bercinta sekarang …

Jawapan aku , tepuk dada tanya selera . Cinta nie bukannya satu paksaan . Bila datangnya cinta pun kita tak tahu . Cinta nie pun boleh ditafsirkan dalam banyak bentuk . Kita yang mengalaminya harus tahu dan bezakan perasaan kita 2 . Apapun jangan letakkan harapan setinggi gunung pada sesuatu yang kita tak pasti . Kerana ia menyakitkan .

Aku tak tahu kenapa aku cepat sangat merasa bosan dengan keadaan sekarang . Aku cepat terasa . Aku cuba kawal emosi diri sebaik mungkin tapi aku tak berdaya . Airmata nie senang sangat nak keluar sekarang . Pantang tersentuh sikit . Aku keliru sebenarnya dengan perasaan aku . Aku tak tahan menghadapi hidup yang seirng berubah-ubah . Aku tak suka bila masa suka dipandang , masa benci dicampak jauh . Adil ke aku diperlakukan sebegini ? Yang aku boleh buat termenung dan merenung nasib aku .

Satu hal lain , aku tak tau kenapa orang suka sangat kacau hidup aku . Aku rasa apa yang aku buat sama macam yang orang lain buat . Aku tak suka kacau hidup orang . Aku tak suka sibuk-sibuk hal orang . Aku tak suka buruk-burukkan orang . Aku jaga semua kata-kata aku kerana aku tak nak kecilkan hati sesiapa . Tapi kenapa aku selalu jadi mangsa keadaan . Aku cuba untuk buat semua orang senang . Kadang-kadang aku rasa diri aku umpama bola ditendang ke sana sini sesuka hati . Walaupun kekadang apa yang aku buat aku tak suka aku tak pernah luahkan . Aku diam . Tapi sabar aku sebagai manusia ada batasannya . Satu , aku tak suka bergaduh dengan orang . Jalan bahagia yang aku pilih ialah berdiam diri . Aku boleh terima kalau aku salah . Aku sedia minta maaf . Tapi , wajarkah aku terus dipersalahkan walaupun salah itu bukan terletak pada bahu aku untuk memikulnya . Wajarkah aku terus menerus diperlakukan sebegini .

Aku berpegang pada janji walaupun kekadang aku menodai janji yang aku buat pada diri sendiri . Aku lebih suka menyenangkan kehidupan orang lain dari diri sendiri . Aku menurut nasihat seseorang untuk keluar dari permasalahan ini dengan cara aku sendiri kerana dia tak mahu lihat aku semakin kusut dengan ini semua . Aku tahu dia bersimpatai dengan apa yang aku hadapi . Aku akui nasihat dia betul jadi aku turutkan tapi aku tak tahu sampai bila aku harus turutkan . Mungkin esok lusa aku akan berubah sikap . Atau mungkin ada orang akan pecah kepala satu hari nanti ...

Kadang-kadang jalan yang aku pilih tersasar jauh dari sasarannya . Betul hidup umpama anak panah . Aku tarik busar lepaskan panah dan biarkan saja panah tu ke mana jua tujuannya . Aku tak berdaya . Pada aku tak perlu kita luahkan apa yang kita nak . Tapi kita perlu luahkan apa yang kita rasa . Kita perlu jujur dengan diri kita sendiri . Kita perlu jujur dengan orang yang kita sayang ...

Aku mengharapkan ada seseorang disisi aku semasa aku duka , gembira , susah dan senang . Tapi hanya satu impian . Aku sendiri dalam menghadapi apa jua . Aku diajar untuk sedia susah untuk orang lain tapi aku tertanya masa aku susah ada ke sesiapa disamping aku . Dan aku dah dapat jawapannya bila mana aku separuh mati menahan debaran dada yang bagai nak pecah bila seseorang bercerita tentang perjalanan hidup aku . Seseorang yang aku hormat yang telah menunjukkan marahnya kerana aku tak berkongsi susah aku dengan dia kerana aku fikir aku masih boleh menanggungnya lagi .

Aku kena berubah . Lama dah aku diam dalam dunia pura-pura nie . Aku harus kuat hadapi apa jua kerana aku sendiri . Biar aku menangis air mata darah sekalipun , biarlah aku sengsara seorang . Biarlah semuanya aku sendirian . Aku tahu aku takkan dapat apa yang aku nak . Kadang-kadang aku bingung dengan hidup aku .

Puas aku berfikir mana tujunya hidup aku nie . Adakah aku masih mahu teruskan merancang perjalanna hidup atau biarkan saja ianya terencana sendiri . Aku gfikir aku mahu ikut saja kaki yang melangkah . Aku akui telah wujud rasa bosan dalam diri . Dan aku tak tahu sampai bila aku akan rasa bosan ...

Seorangitulahorangnya - Ketenangan , kedamaian , keikhlasan , keramahan , kemesraan , diharap berkekalan . Mengasihi dan dikasihi , menyayangi dan disayangi , merindui dan dirindui , memahami dan difahami … InsyaALLAH . Apa yang telah berlaku talah ditakdirkan berlaku antara kita . Aku mohon maaf kerana apa yang berlaku bukan pintaan aku . Aku masih keliru apa yang patut dan apa yang tak patut ada dalam hidup kita . Aku cuma mampu katakan maaf kerana semuanya bukan kehendak aku . aku berterima kasih kerana ada sentiasa di sisi aku bila-bila aku perlu . Cuma kadang-kadang kita yang keliru ...


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Tuesday, August 24th, 2004

Subject:Be myself ...
Time:7:42 pm.
Kerja banyak tapi aku buat endah tak endah . Next week exam PTK . Sepatutnya aku dah lama bersedia . Tapi , entah ! Aku rasa malas untuk usaha buka buku , baca buku dan yang rajin g exam 2 aja .

Aku ditegur kerana ceria . Ya ! Kehidupan aku semakin senang dan aku gembira layari kehidupan aku . Aku tahu dan tahu sangat ada seorang yang sangat sayang dan hargai aku sekarang . Pujuk aku pada diri sendiri , berilah dia peluang untuk lebih menyayangi aku .

Terima kasih kawan2 yang ada disisi saat-saat aku sendirian nie , yang marah-marah balik lambat dari pejabat kerana aku bermotor dari PJ ke PP , yang risau pagi-pagi lewat sampai pejabat kerana berteduh bawah jambatan kala hujan . Aku hargai kehadiran kalian . Aku akan jaga diri baik-baik …

Rindukan NBJ yang jauh di negeri Hang Tuah . NBB bukan gantinya … Apapun adanya NBB buat aku terasa diri lebih disayangi .

Seorangitulahorangnya - Burung-burung pun turut berkicau menyanyikan lagu indah , bayu berpuput lembut … Itulah kita !!!


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

Saturday, August 21st, 2004

Subject:Satu saat sukar ...
Time:8:25 am.
Sindrom Keletihan Kronik ( CFS ) , keletihan teramat sangat yang muncul secara tiba-tiba , selalu datang dan pergi atau tidak akan pergi . Terlalu letih untuk melakukan aktiviti normal tanpa sebab . Mungkin juga akan muncul selepas penyakit ringan seperti flu atau dalam keadaan tekanan yang melampau . Gejala CFS ialah pening , nodus limfa lembut , keletihan dan kelemahan , sakit otot dan sendi , kurang daya penumpuan , tidur sering terganggu dan tidak segar selepas bangun tidur dan rasa hendak muntah atau mual serta hilang selera makan . Sindrom CFS tiada ubat . Pengidap boleh bebas dari CFS jika terus cuba kekalkan aktif dalam kehidupan seharian , uruskan masa untuk kurangkan keletihan , kurangkan tekanan , tidur yang cukup dan bersenam .

v Mungkinkah aku pengidap CFS ? kerana aku susah nak tidur , rasa letih amat sangat , tidur sering terganggu dengan mimpi-mimpi ngeri , rasa nak muntah dan dah kerap sangat muntah hingga keluar darah …

Seorangitulahorangnya - Selama ini aku cuba untuk faham tapi nampaknya aku semakin menghampiri kegagalan dalam memahami hati dia . Aku cuba tanpa rasa putus asa tapi mungkin jalan paling baik biarlah dia yang menentukan . Aku harap aku boleh lupa . Mungkin esok atau mungkin juga ambil masa yang lama . Aku cuba kawal emosi tapi kenapa aku gagal untuk jadi aku . Luka ini terlalu dalam ...

Sedih menyelubungi diri . Hati terusik-usik . Sensitif sangat sekarang nie …

Kehidupan kita umpama anak panah . Cuma kadangkala kita terlepas jauh daripada sasaran hidup sendiri . Aku percaya dalam apa jua situasi kita ada pilihan yang terbaik , kerana kita sentiasa berikan yang terbaik untuk diri kita sendiri . Menghadapi masa sukar yang silih datang berganti nie , buat aku rasa rendah sangat . Aku sedar kehidupan ini adalah suatu suratan . Allah menyayangi aku oleh itu dihantarNYA dugaan-dugaan hidup untuk aku sedar hakikat yang satu itu .

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya … “

Bukan aku tak pernah menghadapi sukar . Tak tahu kenapa sukar yang satu ini buat aku lepas laku . Aku bingung sebenarnya . Terasa sakit sangat hidup ini . Motivasi diri sendiri , susah senang aku akan aku hadapi sendirian . Saat ini keputusan sudah aku buat dan aku harap aku akan kuat .

CikKiah , terima kasih kawan .
SriDewiMalam , terima kasih kawan .
Kalian terlalu baik ...

Bantu aku . Aku buntu . Bantu aku . Aku buntu . Bantu aku . Aku buntu .


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Read 1 orAdd Your Own.

Wednesday, August 11th, 2004

Subject:Takdir itu harus diterima ...
Time:2:37 pm.
Tiba-tiba aku tak tahu nak menulis tentang apa . Aku rasa janggal bila memandang pc .

Aku bingung . Semalam , hampir jatuh bila melihat NBJ dicalari dengan batu . Jujur aku tak tahu siapa punya kerja . Aku terkedu . Tak mampu nak buat apa . Yang aku tahu aku M.A.R.A.H dengan apa yang berlaku . NBJ dah tak hensem . Bercalar dengan macam-macam bentuk lukisan objek-objek yang aku sendiri susah nak ertikan . Aku hargai karya seni ORANG itu tapi salah tempat . Kenapa NBJ yang jagi mangsa ???

Di tempat yang sama , tiga bulan lepas aku duduk tepi longkang melayan perasaan . Berbeza kali nie aku memandu menyusuri lebuhraya LDP - Bukit Jalil - Serdang . Entah ! Aku tak pernah kacau orang . Kalau nak kata aku bermusuh dengan sesiapa , mustahil . aku pergi kerja , balik kerja . Jarang sangat jumpa orang . Suratan takdir itu aku terima dengan redha !!!

Puas bertanya kos pembaikkan NBJ , akhirnya aku memilih satu bengkel berdekatan rumah kerana setelah dibezakan harga sama aja semuanya . Kena tinggalkan NBJ . Kongsi sedih dengan mymummy . Mengharukan mymummy bagi duit untuk hansemkan NBJ . Aku kalau boleh tak nak susahkan mymummy apatah lagi dah banyak sangat RM yang keluar untuk NBJ 2 .

Rasanya dah sampai masanya aku buat satu keputusan . Mungkin minggu depan aku bersama NBB ke pejabat ...

Seorangitulahorangnya - Soal hatiku , digaru lagi . Mengapa , kebelakangan ini selalu sangat dicalari . Aku tak tahu bagaimana lagi nak atasi permasalahan nie . Aku tak faham . Satu-satu masalah timbul . Dah berminggu kami macam orang asing . Aku dah akui salah aku tapi susah sangat nak dimaafkan . Kadang-kadang aku rasa biarlah . Berilah dia masa . Sebanyak mana yang dia nak pun . Tak apa . Aku rasa dia ada lebih banyak masa untuk kehidupan dia sekarang . Mungkin dia tak seperti aku yang sering memikirkan mananya hala tuju kami . Aku tak tahu bagaimana kami masa depan ? 10 tahun , lama sangat . Bulan depan pun belum tentu kami damai . Aku sayangkan dia , jadi untuk itu aku terima semuanya . Sayang , membuatkan aku susah untuk marah . Semuanya aku dah siratkan dalam surat . Aku tunggu ...

Maaf kalau hari nie aku ada calarkan hati sesiapa . Aku tak berniat nak lukakan hati orang . Aku juga nak berniat nak emosi sangat hari nie ... Maaf ... Maaf ... Maaf ...
Comments: Add Your Own.

Sunday, August 8th, 2004

Subject:Demam ... AF + sakit gigi
Time:8:41 am.
Aku bukanlah fanatik sangat . Bukan juga minat maut . Aku sekadar mengikuti dan mamandang dari jauh . Bukan apa , takut ketagih . Akademi Fantasia , Malaysian Idol , Audition dan WhoWillWin? . AF siaran berbayar ( rumah aku di sini tiada Astro ) , Malaysian Idol ( siaran langsung hari jumaat dan result hari ahad = bukan hari aku menonton tv ) , Audition ( siaran percuma dan aku mengikuti semua konsert mingguan , nota harian dan imbasan mingguan ) , WhoWillWin? ( x suka tengok tanpa sebab tertentu ) . AF aku cuma berpeluang tengok konsert IV secara live . Sebab masa tu aku dekat kampung . Semuanya berubah bila aku jumpa Otai2 MMU . Mereka tolong downloads semua konsert AF lepas secara percuma . Dan jadi santapan pendengaran aku hari-hari ...

Semalam konsert AF ke VIIII . Aku tumpang lepak rumah seorang kawan semata nak tengok konsert 2 . Memang aku frust giller last week bila Linda keluar . Dia mempunyai keupayaan kawalan vokal yang baik . Tapi semuanya pilihan penonton sebab undi secara sms . Oleh kerana tak nak berulang sakit hati , maka semalam aku dah habiskan berRM - RM . Takpa . Rasa ralat kalau pilihan aku terkeluar . Tapi bila fikir balik , RM yang habis 2 kalau hantar kat sayang aku lagi berfaedah !!!

Ia tak habis di situ . Bila diumumkan boleh undi AFMasuk , susut lagi nilai RM hp aku . Untuk yang benar-benar layak , AFMasuk LINDA !!! Bukan bermakna yang lain tak bagus . Tapi pada aku LINDA layak !!!

Oleh kerana tak berkesempatan nak ucapkan secara life , maka aku ambil kesempatan kat sini nak ucapkan syabas 1000X dan semoga tabah untuk ASMA GHANI @ Mas . Dia mempunyai bakat dan 'kecantikan' yang semua orang takda . Aku belajar sifat rendah diri dari dia ...

Aku . Sakit gigi . Gusi bengkak . Dalam proses tumbuh gigi bongsu . Kiri dan kanan .

Seorangitulahorangnya - aku R.I.N.D.U dia sangat !!!


Kata-kata Semangat ...
Comments: Add Your Own.

Friday, August 6th, 2004

Subject:2 hati ... punah semua janji !!!
Time:7:39 pm.
Pepohon cintaku kian merimbun , semakin dicantas makin bertunas , tidak mampu mendustai hatiku , rasa cinta fitrah manusia …
Siapalah aku menolak cinta , yang hadir di jiwa tanpa dipaksa , hidup ini tidak akan sempurna , tanpa adanya rasa C.I.N.T.A .

Aku penat . Ya . Terpaksa bekerja keras untuk kehidupan sendiri . Banyak lagi yang perlu aku sediakan . Beri aku sedikit kekuatan . Ada waktunya , aku terasa terlalu aksyik dengan kerja . Aku melupakan semua hal yang lain . Aku rasa susah sangat nak bahagikan masa sekarang . Bukan lah aku seorang pekerja yang terbaik . Aku mahu jadi yang baik antara yang terbaik . Cukuplah ! Penat membuatkan aku rasa hilang ½ kehidupan aku . Makan tak makan sama saja . Yang pasti roti bakar aja yang kerap masuk ke perut ini . Penat juga membuatkan aku gagal mengawal emosi aku dengan baik .

Aku marah . Teramat marah . Rasa nak pecah dada nie . Namun aku sedar , yang berkata itu manusia biasa . Tidak lepas dari melakukan kesilapan . Aku membiarkan dia tenggelam dengan apa yang dia suarakan . Sekurangnya aku tahu kata-kata itu lahir dari hati dia . Yang penting biar dia selesa dengan apa yang dia suarakan . Walaupun aku jadi tidak senang …

Dalam hidup siapa dan apa yang paling penting dan utama ?

Jawapan aku selepas berfikir seminit :-

1. Keluarga aku
2. Seorangitulahorangnya
3. NBJ7429
4. HpN3200
5. Kerja aku

Nanti aku terangkan secara details . Nanti ...

Seorangitulahorangnya - Aku mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia . Selalu . Aku mengharapkan dia tak akan lupa pada aku yang ada di sini . Terduduk kaku … dengan senang hati . Cuma aku nak dia tahu , aku S.A.Y.A.N.G , S.A.Y.A.N.G , S.A.Y.A.N.G , S.A.Y.A.N.G dia .

Ada jemputan makan-makan hujung minggu ini . Belum ada keputusan . Aku harus berfikir dulu .

Aku demam . Demam AF ! Demam Panti Asuhan - Linda !!!


Tanda S.A.Y.A.N.G ...
Comments: Add Your Own.

LiveJournal for Kebanggaan Diri Sendiri ... Selamanya !!!.

View:User Info.
View:Friends.
View:Calendar.
View:Memories.
You're looking at the latest 20 entries. Missed some entries? Then simply jump back 20 entries.